semesta

bling2

Rabu, Ogos 19, 2009


Peperiksaan percubaan PMR 2009 sedang berlangsung dari 14 Ogos hingga 21 Ogos. Semuga pelajar kita dapat menjawab dengan mudah dan mendapat keputusan yang memberangsangkan.. amin

Selasa, Ogos 18, 2009

Laporan Larian Merdeka


Alhamdulillah... Program yang diatur sempena Larian Merdeka berjalan dengan lancar...acara larian, jualan, pameran dan jamuan makan malam berlangsung dengan meriah. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama dari semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakannya.

Rabu, Ogos 05, 2009

KEMPEN BULAN MEMBACA


Kempen Bulan Membaca 2009 telah selamat dilancarkan pada 20 Julai 2009. Objektif utamanya adalah menggalakkan minat membaca dikalangan pelajar dan warga SMKSA. Berbagai program telah diadakan sepanjang bulan ini antaranya mencari pembaca/peminjam buku terbanyak, peminjam buku kelas terbanyak, pertandingan melukis poster, peraduan teka silangkata dan kuiz pengetahuan am, jualan buku dan pameran Perkembangan Teknologi Eletronik dulu dan kini.

KEJAYAAN TERMANIS 2009

SMKSA telah menjadi juara peringkat negeri dalam Pertandingan Memasak Anjuran Maggi dan akan bertandingan diperingkat kebangsaan di Kedah Darul Aman Oktober nanti

ENROLMEN PELAJAR DAN GURU


Setakat ini SMKSA mempunyai seramai 910 pelajar dan 69 orang guru.

PENGURUSAN SEKOLAH

Barisan Pengurusan Atasan SMK. Sultan Alauddin diketuai oleh Tn Hj. Jumali b Ahmad selaku Pengetua. Penolong kanan 1 ialah Tn Hj Norhaimi b Abdullah, GPK HEM ialah En. Mohd Rozi b Ali dan GPK Ko Kurikulum iaitu En. Kamalulail b Toha

Selasa, Ogos 04, 2009

SMK.SULTAN ALAUDDIN



SMK. Sultan Alauddin Bukit Besar terletak di dalam daerah Kulaijaya. Mula dibuka pada tahun 1971. Kini sekolah ini telah berusia hampir 38 tahun. Merupakan sebuah sekolah yang menggabungkan beberapa buah felda seperti Felda Bukit Besar, Felda Bukit Ramun, felda Pasir Raja dan Felda Sungai Sayong. selain daripada itu kita juga menempatkan pelajar dari Ladang Yayasan dan Rantau.