semesta

bling2

Jumaat, Januari 08, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Salam. 2010 dah tiba..4 januari menjadi saksi bermulalah sekali lagi rutin warga SSA dalam usaha membina modal insan yang berkesan...Hari pertama berlangsung dengan baik dan dipantau oleh Tuan PPD Kulaijaya sendiri. Alhamdulilllah...semua berjalan lancar seperti yang dirancang berkat mesyuarat marathon pihak pengurusan dalam memastikan yang terbaik untuk semua. Apa yang menarik sepanjang minggu ini dijalani dengan mesyuarat yang panjang hingga larut petang. Guru-guru memang bersemangat dan bersedia mental dan fizikal melalui petang-petang di SSA dengan minda yang terbuka...amin.
Tanpa disedari seminggu telah berlalu dan minggu pertama juga ditutup dengan LDP pertama iaitu pengurusan sukan yang akan diadakan pada hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan 9 Januari..pastikan semua hadir...inilah komitmen guru SSA yang tiada tolok bandingnya..Semuga terus bersemangat menjalani LDP dengan jayanya