semesta

bling2

Jumaat, Mac 26, 2010

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW DAERAH







Pada 23 dan 24 Mac 2010, SMKSA telah menjadi tuan rumah Pertandingan Sepak Takraw peringkat daerah bagi Lelaki 15, Lelaki 18 dan Lelaki 12. Semua sekolah menengah dan sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.Sekolah rendah pula diwakili oleh zon masing masing. Juara bagi kategori Lelaki 12 disandang oleh Zon Tenggara.Apa yang membanggakan kita, SMKSA telah berjaya menjadi juara daerah Kulaijaya bagi kategori L15 tahun. Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah kita. Mudah-mudahan kita berolh kejayaan seterusnya di peringkat negeri. Amin..

Isnin, Mac 22, 2010

AL FATIHAH

SMKSA dikejutkan sekali lagi dengan berita sedih awal cuti semester kali ini. 12 Mac merupakan hari terakhir sekolah dimana pada petang itu kita telah menerima khabar yang menyedihkan kerana salah seorang pelajar kita telah ditimpa musibah yang menyebabkan kejadian mati lemas di Sungai Felda Bukit Ramun. Nor Shariza bin Mohd Sidek merupakan pelajar 4 UTM dikatakan sedang mandi manda di kawasan korek pasir di sungai tersebut. Bagaimanapun beliau dikatakan terus terjun dan tidak menyangka bahawa kawasan tersebut paras airnya dalam hingga menyebabkan lemas. Allayarham telah selamat dikebumikan dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ...AMIN..

Jumaat, Mac 19, 2010

WEDDING OF THE YEAR SMKSA

Selamat Pengantin Baru buat pasangan sensasi SMKSA yang telah selamat diijabkabulkan pada 15 Mac 2010. Pasangan yang sama cantik sama padan ini tak lain tak bukan cikgu kesayangan SSA iaitu Encik Hazim Hazali b Che Hashim dan pasangannya Cik Suryani bt Ahmad yang merupakan kaunselor SMKSA. Kepada semua kenalan dan bekas pelajar mahupun warga SMKSA yang tak berkesempatan ke majlis beliau.. boleh lah menatap potret persandingan pasangan ini di Jeli Kelantan. Semua bahgia hingga ke akhir hayat amin...

Jumaat, Mac 12, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009


11 Mac 2010 merupakan detik bersejarah bagi pelajar-pelajar SPM 2009. Ini adalah kerana pada tarikh ini mereka telahpun menerima keputusan masing masing. Tahun ini , SMK. Sultan Alauddin telah mencatatkan sedikit peningkatan iaitu pencapaian keseluruhan sebanyak 97.18% berbanding 97.08% pada tahun 2008. Peningkatan juga dalam pencapaian gred purata sekolah yang telah meletakkan SMKSA ditempat ketiga selepas SMK. Bandar Putra dan SMK. Bandar Tenggara II. Peningkatan ketara terutama pada peratus Bahasa Inggeris mencecah 83%. Tahniah diucapkan kepada semua guru SMKSA yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan pelajar kita .Pelajar terbaik dengan gred purata kita adalah Siti Nadiah bt Zainuddin 2A+ 5A, 4B+ manakala pencapaian terbaik juga diperolehi dari Amirul bin Halim dengan 8A. tahniah diucapkan kepada yang berjaya.semuga perjuangan anda diteruskan dengan mencipta terus kecemerlangan di masa -masa akan datang. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Kadangkala kita mencipta kejayaan disebalik kegagalan. Apapun selepas anda keluar dari SMKSA, jadilah warganegara yang menyumbang kepada agama dan bangsa anda..Semuga produk SSA mencipta kecemerlangan di luar sana dan memberi inspirasi kepada adik-adik anda yang masih bertatih disini.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER





Pada 5 dan 6 Mac yang lalu, telah diadakah kursus kepimpinan dan pengurusan kepada badan pengawas dan pengawas pusat sumber. Objektif utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman tentang kepimpinan dan tanggungjawab bidang masing-masing. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran khusus dalam pengurusan bidang pengawas dan juga pengawas Pusat Sumber. Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari dengan aktiviti "ICE BREAKING" yang diketuai oleh En. Mohad Fuad bin Jamluddin. Semasa aktiviti ini dijalankan kedua-dua kumpulan ini telah bergabung dan menjalankan aktiviti bersama. Pada keesokan harinya pula peserta dipecahkan dengan 2 kumpulan di mana kumpulan pengawas Pusat Sumber menjalankan bengkel pemerosesan buku manakala pengawas sekolah bersama Tn. Hj Norhaimi b Abdullah untuk sessi motivasi.. Dibahagian akhir kursus telah diadakan majlis penyampaian hadiah dan cenderamata. Mudah-mudahan kursus ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Badan Pengawas dan unit Pusat Sumber, insyaallah..

CUTI & WANGI NASI MINYAK



Cuti sekolah untuk pertengahan semester 1 ni datang lagi.kali ini semua warga sekolah bercuti selama satu minggu. Apa yang menarik cuti kali ini menyaksikan hari sejarah kepada cikgu-cikgu di SMK Sultan Alauddin. Antaranya ialah Cikgu Norhafizah bt Ismail yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada 13 Mac 2010 di Melaka. Turut meraikan majlis penikahannya adah cikgu Indawati bt Salleh yang akan melangsungkan majlis penikahannya pada 15 Mac 2010. Dan tentunya pasangan sensasi yang bertemu jodoh di SMK Sultan Alauddin ialah En.Hazim Hazali Che Hashim dan Cik Suriani bt Ahmad. Sama-sama dari Kelantan. Mereka akan melangsungkan majlis pada 15 Mac 2010. Kepada semua bakal pengantin, semua diberkati Allah dan bahagia hingga akhir hayat. Amin.. Muga selepas menjadi puan dan tuan anda akan semakin bersemangat menjadi pendidik di SSA. SELAMAT PENGANTIN BARU...

Jumaat, Mac 05, 2010

TEMASYA OLAHRAGA KALI KE-29















Temasya Olahraga kali ke-29 akhirnya telah diadakan pada 25 Februari 2010. Acara dimulakan dengan lintas hormat perbarisan oleh kontigen rumah sukan yang bertanding bersama unit-unit beruniform. YB. Datuk Dr. Adham b Baba, ADUN Pasir Raja telah dijemput untuk membalas tabik hormat dan seterusnya merasmikan Temasya Kejohanan kali ke-29. Seterusnya bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Jamil b Haron. Tuan Hj Jumali b Ahmad selaku pengetua SMKSA telah memberi ucapan alu-aluan kepada yang hadir. Majlis terus diserikan dengan acara pembukaan iaitu tarian Poco-poco yang dipimpin oleh Cikgu Siti Aisyah bt Johari diikuti kemudian dengan persembahan tarian "Openture" iaitu gabungan tarian negeri Johor seperti Zapin Tanjung Labuh,Zapin Putar Alam, Samrah, Gamelan Kontemporori dan Fiesta. Persembahan tarian tradisional ini adalah dibawah asuhan En. Izamuddin b Mohd Yusof.
Seterusnya acara olahraga dimulakan dengan larian 100m bagi kategori lelaki A, B, C dan Perempuan A, B,dan C. Beberapa acara olahraga telah dijalankan sebelum ini iaitu pada 22 dan 23 Februari. Acara berlangsung dengan meriah terutama acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara 8 x 50 m yang disertai oleh guru-guru rumah sukan. Acara ini telah dimenangi oleh rumah Sigma(Biru), Naib Johan Beta( Hijau) dan Ke-tiga Alpha ( Merah). Kejuaraan tahun ini telah dipertahankan terus oleh Rumah Alpha yang telah dinobatkan sebagai Johan dan jaguh olahraga kali-ke 29. Tempat kedua diduduki oleh pasukan Beta , tempat ketiga oleh rumah Sigma dan keempat oleh pasukan Gamma. Tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal jangan putus asa cuba lagi tahun hadapan.

Khamis, Mac 04, 2010

PERPISAHAN DATANG LAGI



SMKSA kehilangan seorang guru yang telah bertukar ke Pekan Pahang. Beliau adalah Ustazah Suzan Samsudin yang telah berkhidmat selama 10 tahun di sekolah. Sepanjang perkhidmatan beliau disini, beliau merupakan ustazah yang sangat komited dengan tugasnya, disenangi pelajar dan rakan setugas. Ustazah Suzan juga adalah seorang tukang masak yang hebat, sentiasa mencipta resipi-resipi baru untuk dicuba oleh kawan-kawan. Tentunya warga SSA sangat merasa kehilangan beliau dari sekolah ini terutama masakan-masakanya..Sama juga dengan seorang guru Kemahiran Hidup iaitu cikgu Hajah Rahimah juga merupakan Chef di SSA..beliau pula bertukar di sebuah sekolah di Batu Pahat. Walau di mana mereka berada , kami di SSA sentiasa mendoakan kebahagiaan anda. Pada cikgu Suzan, kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput kami di sini..Rajin-rajinlah lawat blog kita,join fb kita supaya hubungan ini berterusan biarpun berjauhan. Jarak bukan pemisah kepada sebuah hubungan persahabatan...dunia semakin kecil bila belayar di alam siber...muga ketemu lagi di masa-masa akan datang.

BUDAYA POTLUCK




SSA terkenal dengan budaya Potlucknya. Hampir setiap bulan kami akan mengadakannya terutama selepas gaji. Bermacam-macam tema makanan yang dirancang. Ada suatu ketika kami mengadakan tema makanan india, iaitu menu puri, capati, roti canai . yang pasti kalau tema-tema begini ada yang pakar seperti cikgu Rubiah dan Cikgu Hazim. Kita bergotong royong sediakan juadah.Acara begini memang dapat mengeratkan silaturahim antara warga SMKSA. Kepada mereka yang pernah menjadi warga SSA , semestinya bahagian ini yang paling anda rindui bila berada di daerah ini. Semuga budaya seperti ini diteruskan di hari-hari yang mendatang.