semesta

bling2

Isnin, April 19, 2010

WAJAH-WAJAH CERIA SMKSA

Semestinya bila terpisah jauh, anda merindukan mereka. terkenang saat-saat manis, suka duka bila bersama mereka..Bila berjauhan baru terasa rindu leteran dan bebelan mereka..semuanya untuk memastikan yang terbaik untuk anda semua...Sempena merayakan sambutan hari Guru tahun ini sampaikan ucapan dan salam anda melalui blog ini kepada guru-guru anda yang telah banyak berkorban untuk melihat anak didik mereka menjadi sempurna dan berjaya. Terimalah bingkisan kenangan yang terakam dalam wajah-wajah ceria guru anda di SMKSA

Jumaat, April 09, 2010

CINTA OH CINTA


Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka

Rabu, April 07, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2010











Sambutan Maulidurrasul merupakan acara tahunan yang akan disambut bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bagi tahun ini tanggal 1 April telah dipilih sebagai tarikh untuk menyambut perayaan tersebut. Panitia Pendidikan Islam merupakan unit yang paling sibuk menguruskan sambutan tersebut. Dari urusan mencari penaja, menguruskan hal ehwal Aqiqah, Sehari sebelum majlis, suasana telah mula sibuk. petang Rabu itu kita telah mula rewang beramai ramai. Suasana gotong royong begini memang boleh mengeratkan silaturahim antara warga SMKSA. Sesiapa yang pernah berada di SMKSA tentu terkenang akan kemeriahan suasana semasa rewang beramai-ramai. apapun sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjaya program ini. Mudah-mudahan majlis seumpama ini ada penambahbaikan dari masa ke semasa,Insyaallah

KURSUS LITERASI KOMPUTER




Pada 29 Mac 2010 bertempat di Makmal Komputer Tun Sri Lanang telah diadakan Kursus Literasi komputer. Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman ICT dan juga kemahiran komputer di kalangan murid. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar SMKSA. Sambutan yang diberikan adalah menggalakkan. Bayaran RM5.00 dikenakan untuk yuran pendaftaran dan makanan. Modul bercetak juga disediakan. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Rozaini b Tugiman yang merupakan fasilitator ICT Schoolnet.Kebanyakan peserta menunjukkan respon yang positif dan mengharapkan agar kursus-kursus ICT yang lain dapat di adakan di masa akan datang

Selasa, April 06, 2010

JOHOR BAHRU CHESSMASTER CHALLENGE 2010




Pada 27 Mac yang lalu SMK.Sultan Alauddin telah menghantar wakil ke pertandingan catur terbuka peringkat negeri iaitu JOHOR BAHRU CHESSMASTER CHALLENGE 2010 .Pertandingan ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama persatuan catur daerah Johor bahru. Pertandingan ini telah diadakan di stadium Bandaraya Johor Bahru. SMKSA diwakili oleh Muhamad Sufi b Kamaruddin dan Hazwani bt Malek. Ini merupakan salah satu jenis sukan baru yang diceburi oleh SMKSA. En. Mohad Fuad b Jamluddin merupakan guru yang bertanggungjawab memperkenalkan permainan ini di peringkat sekolah dan seterusnya membawa pasukan kita mewakili sekolah. Biarpun masih baru, kita berjaya menempatkan diri di rangking ke-15 dari 22 pasukan yang bertanding. Harapan kita agar kita boleh memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di tahun -tahun akan datang.

TENIS & SMKSA






Permainan tenis merupakan sukan baru yang diceburi oleh SMK.Sultan Alauddin. Di bawah bimbingan En. Mohamad Yusof Rahim, SMKSA mengorak langkah mencipta juara baru dalam Pertandingan Tenis Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya.Pada 25 dan 26 Mac yang lalu, bertempat di Gelanggang Tenis Kejora , Bandar Tenggara kita telah menghantar 10 orang peserta pertandingan tenis. Tuah ternyata berpihak kepada kita apabila Muhamad Azizi b Malek berjaya menjadi juara untuk acara Lelaki 15. Bagi kategori Perempuan 15 pula kita sekali lagi menjadi johan dengan menampilkan Nor Asilah bt Nor Azman sebagai wakil sekolah kita. SMKSA juga mendapat Naib johan untuk acara Perempuan 18 dan Perempuan 15. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berusaha menaikkan nama sekolah kita.