semesta

bling2

Jumaat, April 08, 2011

RINDU DATANG LAGI


Pelajar Cemerlang SPM 2010

Assalamualaikum w.b.h untuk pengunjung yang setia...lama tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Maklumlah masa mengajar cikgu Bedah dah tidak macam dulu. Penuh..masa lapangpun dipenuhi dengan kelas ganti. Pulang rumah tanggungjawab lain pula menanti. Pendek kata..kekangan masa menjadi pemisah untuk terus berkarya di laman ini. apapun Cikgu Bedah kena kuatkan semangat...cuba juga cari ruang untuk sampaikan khabar- khabar baru untuk anada disana

Cerita pertama yang ingin dikongsi adalah kejayaan -kejayaan yang SMK Sultan Alauddin capai untuk tempoh 4 bulan pertama ini. Bermula dengan keputusan PMR yang memberangsangkan...kejayaaan "STRAIGHT A" oleh sahabat kita Radziah Bt Zainal Abdidin membawa harapan baru buat SSA. Beliau berjaya mengungguli 9A dan telahpun menerima hadiah sebuah komputer riba dari PIBG SMKSA dan guru-guru sekolah ini. Keputusan keseluruhan juga menunjukkan peningkatan yang baik. Seterusnya kejayaan dalam SPM juga merupakan yang terindah dimana peratusnya meningkat yang menjadikan SMKSA di kedudukan ke-tiga dalam sekolah felda negeri Johor. Sahabat kita Nik Norjannah bt Nik Lah muncul sebagai pelajar terbaik dengan mendapat 9A 1D. Sekolah kita menunjukkan peningkatan ketara dan menduduki tempat ke-tiga dalam daerah. Semua ini adalah kenangan manis buat semua warga SMKSA yang bertungkus lumus menjayakan program kecemerlangan sekolah kita

Kita juga meraih beberapa kejayaan dalam bidang ko kurikulum.Menjadi Johan Merentas Desa daerah Kulaijaya,Johan Bola Baling Lelaki peringkat Daerah, Naib Johan tarian Kreatif, Tempat ketiga pertandingan Teater daerah dan banyak lagi..Nampak gayanya bintang SMKSA cerah tahun ini.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kita semua untuk terus mencipta kecemarlangan disini.