SMK SULTAN ALAUDDIN
Blog Utama SMK Sultan Alauddin, Kulaijaya, Johor Darul Takzim.
Jumaat, April 08, 2011
RINDU DATANG LAGI
Assalamualaikum w.b.h untuk pengunjung yang setia...lama tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Maklumlah masa mengajar cikgu Bedah dah tidak macam dulu. Penuh..masa lapangpun dipenuhi dengan kelas ganti. Pulang rumah tanggungjawab lain pula menanti. Pendek kata..kekangan masa menjadi pemisah untuk terus berkarya di laman ini. apapun Cikgu Bedah kena kuatkan semangat...cuba juga cari ruang untuk sampaikan khabar- khabar baru untuk anada disana
Cerita pertama yang ingin dikongsi adalah kejayaan -kejayaan yang SMK Sultan Alauddin capai untuk tempoh 4 bulan pertama ini. Bermula dengan keputusan PMR yang memberangsangkan...kejayaaan "STRAIGHT A" oleh sahabat kita Radziah Bt Zainal Abdidin membawa harapan baru buat SSA. Beliau berjaya mengungguli 9A dan telahpun menerima hadiah sebuah komputer riba dari PIBG SMKSA dan guru-guru sekolah ini. Keputusan keseluruhan juga menunjukkan peningkatan yang baik. Seterusnya kejayaan dalam SPM juga merupakan yang terindah dimana peratusnya meningkat yang menjadikan SMKSA di kedudukan ke-tiga dalam sekolah felda negeri Johor. Sahabat kita Nik Norjannah bt Nik Lah muncul sebagai pelajar terbaik dengan mendapat 9A 1D. Sekolah kita menunjukkan peningkatan ketara dan menduduki tempat ke-tiga dalam daerah. Semua ini adalah kenangan manis buat semua warga SMKSA yang bertungkus lumus menjayakan program kecemerlangan sekolah kita
Kita juga meraih beberapa kejayaan dalam bidang ko kurikulum.Menjadi Johan Merentas Desa daerah Kulaijaya,Johan Bola Baling Lelaki peringkat Daerah, Naib Johan tarian Kreatif, Tempat ketiga pertandingan Teater daerah dan banyak lagi..Nampak gayanya bintang SMKSA cerah tahun ini.Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kita semua untuk terus mencipta kecemarlangan disini.
Ahad, Januari 02, 2011
SELAMAT DATANG 2011
Assalamualaikum w.b.h. Kepada pengunjung setia blog SMKSA. Lama cikgu Bedah tidak berceloteh di blog ini. Maklumlah bila cuti sekolah peranan cikgu dah bertukar jadi bibik...supir...tukang masak..tukang cuci..dan macam macam lagi. Maklom lah kita ibarat "Super Women" semua di bawah tanggung jawab kita. Kalau di sekolah uruskan anak-anak murid , di rumah pulak uruskan anak-anak.. Apapun cuti persekolahan dah berlalu. Kita kembali ke sekolah dengan azam dan tekad baru. Ternyata perjalanan 2010 yang kita tinggalkan meninggalkan kenangan manis dengan pencapaian keputusan PMR yang menunjukkan peningkatan yang agak baik. Kita berjaya mencatat kejayaan seorang pelajar cemerlang "Perfect Score" oleh adik Radziah bt Zainal Abidin. Beliau dapat 9A dengan purata mata gred dengan 1.00.Ini merupakan pencapaian membanggakan. Peratusan lulus keseluruhan juga mencatat peningkatan ke 61% yang merupakan terbaik berbanding tahun-tahun lain. Tahniah kepada semua pelajar PMR 2010 dan juga guru-guru yang terlibat yang telah bertungkus lumus untuk kejayaan ini. Semoga ini menjadi titik tolak kejayaan yang mendatang. Kepada guru-guru baru yang baru melapor diri di SSA, selamat bertugas di sekolah ini. Sama-sama kita bangunkan kejayaan di sekolah ini,mencurahkan bakti dan menabur budi di tanah ini. Perkara paling utama SATU iaitu Sayang, Ambil berat , Tanggungjawab dan Untuk semua di SSA. Antara guru lama dan baru tiada sempadan , kita adalah sebuah keluarga yang saling melengkap antara satu sama lain.Peranan yang sama mendidik anak bangsa. Ini buka propa tapi nyata. Akhir kata selamat datang tahun 2011. Ada masa dan ketika kita jumpa lagi di blog ini. Harap jadi pengubat rindu kepada semua yang membaca.
Cikgu Bedah
Rabu, Oktober 27, 2010
FAMILY DAY 2010
Salam. Bertemu lagi dalam catatan cikgu Bedah ni. Maaflah semenjak dua menjak ni saya agak kurang produktif dari segi mengemaskini blog ini. Maaflah kepada semua pengujung...banyak benar dugaan yan dilalui sejak akhir -akhir ini. Buntu idea dan fikiran untuk menulis cerita... tetapi saya cuba jua mencari masa agar blog ini terus hidup untuk jadi tatapan kepada yang merinduinya...Kisah kemanisan Hari keluarga 2010 di DESARU BEACH RESORT boleh dikatakan mencapai kejayaan kerana dapat mengumpulkan hampir lebih 40 keluarga. Inilah yang kita harapkan ,suatu kesepakatan dan keakraban dalam membina silaturahim di SMKSA. Satu keistimewaan yang ada disini adalah rasa kekitaan yang menjadi tulang belakang dalam membentuk hubungan yang lebih baik agar suasana kerja kita lebih bersemangat, selesa dan seronok. Bila gembira pelajar kitapun dapat impaknya.Apapun Hari Keluarga tahun ini sangat berjaya kerana dalam sejarah SMKSA , penyertaan tahun ini lebih ramai berbanding tahun-tahun yang lalu, paling menggembirakan penyertaan dari staff dan kakitangan sokongan. Inilah keluarga besar SMKSA..detik ini ingin kita kongsikan bersama. Moga hubungan baik yang terjalin selama ini akan berkekalan..selamanya..amin..
Khamis, Oktober 14, 2010
CERITA PMR 2010
Salam untuk semua. Penilaian Menegah Rendah sudahpun berlalu. Merdeka sudah pelajar PMR 2010. Setelah jenuh berhempas pulas, terutama cikgu-cikgunya ....usaha pelajar bagaimana agaknya ya...Namun kita tetap berharap ada sinar kejayaan yang mewarnai keputusannya kelak. Untuk pelajar yang kukasihi sekelian..bila habis peperiksaan ini bukan tandanya kita harus menyambutnya dengan pesta-pesta yang melalaikan kita. Seolah-olah kita sudah di puncak jaya. Maka keluarlah segala taring dan kuku yang disorokkan hanya dalam tempoh berpantang katanya...Bukan begitu caranya sayang untuk luahkan rasa merdeka itu. Banyak lagi cara yang betul, yang sopan, yang berhemah untuk luahkan rasa bersyukur atas segala keperitan yang kita lalui sepanjang menghadapi PMR. Jangan ada selepas ini timbul kisah-kisah negatif sosial pelajar kita...Ya Allah lindungi mereka ,anak didikku yang dikasihi.
Semuga kita lebih muhasabah diri atas segala kelemahan yang kita lakukan selama ini. Pasca PMR merupakan ruang yang baik untuk timba pengalaman melalui aktiviti yang dirancang. Gunakan peluang sebanyak mungkin untuk menimba ilmu sebagaim persediaan menjadi lebih matang bila ke tingkatan 4 nanti.
Semuga kita lebih muhasabah diri atas segala kelemahan yang kita lakukan selama ini. Pasca PMR merupakan ruang yang baik untuk timba pengalaman melalui aktiviti yang dirancang. Gunakan peluang sebanyak mungkin untuk menimba ilmu sebagaim persediaan menjadi lebih matang bila ke tingkatan 4 nanti.
Selasa, Oktober 12, 2010
NOSTALGIA AIDIL FITRI
Aidil Fitri sudah berlalu. Kali ini cukup bermakna buat warga SMKSA. Setelah sekian lama amalan marhaban dihidupkan semula. Agenda ini disokong kuat oleh pihak pentadbir terutama tuan pengetua kita Tn Hj Jumali b Ahmad. Beliau nampaknya sungguh bersemangat untuk turut serta. Jadual telah diatur ikut kelapangan. Melalui program seumpama ini kita boleh merapatkan hubungan warga SMKSA kerana dapat berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing.Kumpulan marhaban kali ini diketuai oleh orang kuat BKGK , En. Hamzah Hj Din. Rumah pertama dikunjungi oleh warga SMKSA adalah rumah Pn. Nooraini Abd Karim di Sungai Sayong. Tn. Hj Jumali juga turut sama mengadakan sambutan marhaban untuk warga SMKSA di Batu Pahat. Kami semua amat berbesar hati kerana tuan pengetua sudi meraikan keluarga besar SMKSA. Kami juga dibekalkan dengan ole-ole oleh isteri tuan pengetua sebagai bekalan pulang. Majlis penutup marhaban pula diadakan pada 29 Shawal di rumah Tn. Hj Norhaimi Abdullah dan juga rumah Pn. Hjh Salmiah bt Zaidon. Harapan kita semua agar ramai lagi warga SMKSA terutama golongan muda akan turut serta dalam acara-acara sebegini di masa-masa akan datang.
Khamis, Oktober 07, 2010
SMKSA DAN MERDEKA
31 Ogos bertandang setiap tahun. Maka setiap kali itulah kita menyambutnya dengan penuh meriah. Begitu juga senario bulan kemerdekaan di SMK. Sultan Alauddin. Setiap tahun ada saja acara sambutan dijalankan. Aktiviti dipenuhi dengan pelbagai pertandingan seperti peraduan mengarang sempena bulan kemerdekaan, kuiz, pertandingan deklamasi sajak berunsur patriotik dan lagu-lagu koir. Kelas-kelas juga tidak lupa dihias indah dengan bendera-bendera negeri dan jalur gemilang. Di kampung-kampung kelihatan anak-anak kecil mengusung bendera ke sana kemari dengan diikat pada basikal dan motor. Namun bila direnung kembali apakah pengisian kemerdekaan sebenar di jiwa anak-anak ini? Lebih-lebih lagi golongan remaja yang yang hanya tau melaungkan "merdeka"...merdekakah minda mereka dari gejala sosial yang semakin meningkat peratusannya? Berapa ramai pelajar kita dijajah dengan sikap malas belajar...malas membaca...malas masuk kelas. Merdekakah mereka ini sebenarnya? Dan paling sedih jika anak-anak gadis dengan rela memerdekakan kegadisan mereka sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah dan takut akan dosa-dosa besar. Nauzubillah... inilah harga yang perlu kita bayar pada sebuah kemerdekaan...sebuah kemodenan yang kita kecapi. Apa yang penting , sebagai seorang guru dan pendidik kita perlu membantu mengisi jiwa anak-anak ini dengan jati diri bangsa mereka agar iman dan prinsip tidak mudah dijual beli dengan impak kemerdekaan ini.
Pada pelajar-pelajar diluar sana... jadikan bulan kemerdekaan sebagai bulan memuhasabah diri apatah lagi kali ini jatuh pada bulan Ramadhan , melihat sejarah perjuangan dengan rasa bersyukur kerana lahir di bumi ini , hidup aman bahagia di tanah ini dan memantapkan rasa kecintaan pada bumi yang dipijak langit yang dijunjung. Penghargaan dan rasa terima kasih adalah dengan memberikan terbaik untuk diri, ibu bapa, sekolah ,agama dan bangsa sendiri agar terus MERDEKA dan MAKMUR di sini.
Rabu, Oktober 06, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA
Salam untuk semua pembaca. Setiap tahun SMK Sultan Aluddin tidak lupa mengadakan majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim. Tahun ini Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan kakitangan sekolah telah menganjurkan Majlis Berbuka dan Solat Tarawikh. pada 26 Ogos 2010. Seramai 200 pelajar miskin dan yatim dijamu dengan nasi menu nasi putih berlauk kari ayam, sambal belacan tumbuk (original recipe), ikan kering ,sayur goreng kacang panjang dan buah-buahan. Apa yang menarik , warga SMKSA turut serta acara rewang memasak pada petang itu. Acara sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara semua pihak . Majlis Berbuka Puasa dimulakan dengan bacaan yasin, berbuka puasa, solat maghrib , solat isyak dan diakhiri dengan solat tarawikh beramai-ramai. Tuan Pengetua dan Yang Dipertua PIBG , En Sidek b Sarman turut hadir memeriahkan majlis kita.
Langgan:
Catatan (Atom)