semesta

bling2

Rabu, Februari 10, 2010

SUKANTARA 2010






Pada 9 Feb 2010, SMK. Sultan Alauddin telah mengadakan sukantara bagi Kejohanan Olahraga kali ke-29. 4 buah pasukan yang terlibat iaitu pasukan Alpha, Beta, Sigma dan Gamma. Sukatara ini berlangsung selama 2 hari iaitu 9 dan 10 Februari 2010. Acara dimulakan pada jam 11.00 pagi iaitu acara 400 m lelaki A, B dan C, 100 m perempuan A . B dan C, bagi semua pasukan. Lontar peluru adalah untuk pasukan Beta (Hijau) bahagian Perempuan A dan Gamma bahagian perempuan B. Seterusnya acara lompat jauh Perempuan yang terlibat adalah pasukan sigma(Biru)bagi perempuan A dan Alpha(merah) bagi perempuan B. Bagi pelajar lelaki pula acara lompat jauh lelaki dan lempar cakera dipertandingkan. Pasukan yang terlibat adalah Lelaki B bagi pasukan sigma dan pasukan Lelaki A Alpha. Acara Lempar cakera pula akan disertai oleh pasukan Lelaki A bagi rumah Beta dan lelaki B bagi rumah Gamma. Cuaca agak terik tetapi sesekali redup dan berangin banyak membantu kelancaran sukantara. Semua pasukan yang bertanding termasuk guru-guru rumah sukan begitu bersemangat memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.Sesekali kedengaran kata-kata provokasi yang menaikkan semangat dan motivasi."Perang " begini merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang musim kejohanan olahraga saban tahun..Ini merupakan masa yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga SMKSA dalam mencetuskan suasana ceria dan meriah...apapun yang penting semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi dalam memastikan kejayaan Kejohanan Olahraga ini. Majulah sukan untuk SSA dan negara.

Isnin, Februari 08, 2010

MAJLIS IKRAR JANJI PELAJAR SPM PMR 2010











Pada 8 Februari 2010 jam 8 .00 pagi , bertempat di dewan SMK. Sultan Alauddin .telah diadakan majlis Ikrar Janji pelajar SPM PMR 2010. Majlis kali ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai , Tn. Hj Bahrom b Ali. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Azran b Mustaffa dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Jumali b Ahmad. Ucaptama majlis ini disampaikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya yang kemudiannya merasmikan majlis Ikrar Janji SPM PMR 2010. Bacaan Ikrar dan menandatangani ikrar dimulakan oleh wakil pelajar iaitu adik Mohd Shahrul Akbar b Ahmad ketua pengawas SMKSA. Bacaan ikrar dan menandatangani ikrar janji turut dijayakan oleh wakil ibu bapa dan penjaga iaitu En. Mohd Sidek b Sarman selaku YDP PIBG. Acara diteruskan lagi dengan bacaan ikrar mewakili guru-guru SMKSA oleh Tn. Pengetua sendiri dan menandatangani ikrar janji yang kemudiannya disahkan oleh tuan PPD. Penutup acara adalah persembahan lagu Negaraku.




Cikgu Bedah: Harapan kami jangan pandai berjanji atau berikrar je...buktikan yang SSA boleh....

Sabtu, Februari 06, 2010

MERENTAS DESA






Aktiviti sukan tahun ini dimulakan dengan acara Merentas Desa antara rumah yang telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 3 Februari 2010. Acara dimulakan dengan taklimat kepada semua peserta yang terlibat pada jam 2.30 petang di dewan SSA. Seterusnya peserta dilepaskan mengikut kategori iaitu perempuan bawah 18 tahun, perempuan bawah 15 tahun, Lelaki 18 tahun dan Lelaki 15 tahun ke bawah. Jarak larian adalah di sekitar kawasan Felda Bukit Besar yang merangkumi 3.5 km jauhnya. Pihak sekolah telah mendapat kerjasama dari pasuka RELA bagi memastikan keselamatan pelajar sepanjang larian tersebut. Dalam pertandingan itu Pasukan Beta ( Hijau) telah berjaya menjadi juara dengan 564 kiraan mata mengalahkan pasukan Alpha (Merah) ditempat kedua dengan 558 mata . Tempat ketiga adalah pasukan Sigma (Biru) dan tempat keempat jatuh kepada pasukan Gamma (Kuning). Tahniah kepada yang berjaya dan kepada tidak berjaya, jangan putus asa.

Rabu, Februari 03, 2010

LAWATAN KERJAYA




Suatu Lawatan Kerjaya " CAREER PATH 10" telah diadakan pada 2 Februari 2010 ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor. Lawatan ini telah dianjurkan oleh Panitia Rekacipta dan Lukisan Kejuruteraan yang melibatkan 42 orang pelajar-pelajar tingkatan 5. Rombongan lawatan sambil belajar ini diketuai oleh En. Mohad Fuad Jamluddin. Turut menjadi guru pengiring adalah En. Chin Wai Seong, Pn. Nooraini Abd karim dan Cik Suryani bt Ahmad. Dalam program tersebut para pelajar telah diberi pendedahan tentang peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan khususnya oleh syarikat-syarikat seperti Lafarge Cement, Sime Darby, Shimano, Hong Leong Bank, Technip , Sunway, Intel, Top Link, Clark Hatch Fitness Centre, JCY HDD Technology, P1, Asia Tone dan Basheer Graphics. Mereka juga berpeluang mendengar Ceramah Kerjaya oleh pihak Sunway yang menceritakan pelbagai peluang kerjaya yang ditawarkan bukan saja kerjaya dalam bidang kejuruteraan tetapi dalam bidang-bidang lain. Pelajar-pelajar yang terlibat juga berpeluang mendengar tips-tips kemahiran belajar oleh Wakil Program Career Path 2010, En.Sharvinder Singh. Harapan pihak sekolah pelajar-pelajar ini dapat menimba pengalaman dan pengetahuan hasil daripada lawatan ini dan lebih fokus dalam pelajaran untuk memastikan cita-cita dan impian mereka tercapai, insyaallah...

PENYAMPAIAN WATIKAH





Pada 1 Februari yang lalu SMK Sultan Alauddin telah mengadakan program Penyampaian watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan. Seramai 176 orang peserta yang terlibat dalam upacara tersebut yang telah disempurnakan oleh Sarjan Mejar Lajis bin Jalil , Ketua Balai Polis Bukit Besar. Dalam ucapan perasmian beliau mengingatkan pelajar supaya memberikan kerjasama kepada pelajar yang telah dilantik untuk menjalankan tugas. 58 orang pengawas sekolah, 49 orang pengawas Pusat Sumber, 56 orang Penolong dan Ketua Tingkatan serta serta 13 orang Pembimbing Rakan Sebaya telah menerima sijil perlantikan dari Tuan Sarjan Mejar. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku