semesta

bling2

Rabu, Februari 03, 2010

LAWATAN KERJAYA




Suatu Lawatan Kerjaya " CAREER PATH 10" telah diadakan pada 2 Februari 2010 ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor. Lawatan ini telah dianjurkan oleh Panitia Rekacipta dan Lukisan Kejuruteraan yang melibatkan 42 orang pelajar-pelajar tingkatan 5. Rombongan lawatan sambil belajar ini diketuai oleh En. Mohad Fuad Jamluddin. Turut menjadi guru pengiring adalah En. Chin Wai Seong, Pn. Nooraini Abd karim dan Cik Suryani bt Ahmad. Dalam program tersebut para pelajar telah diberi pendedahan tentang peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan khususnya oleh syarikat-syarikat seperti Lafarge Cement, Sime Darby, Shimano, Hong Leong Bank, Technip , Sunway, Intel, Top Link, Clark Hatch Fitness Centre, JCY HDD Technology, P1, Asia Tone dan Basheer Graphics. Mereka juga berpeluang mendengar Ceramah Kerjaya oleh pihak Sunway yang menceritakan pelbagai peluang kerjaya yang ditawarkan bukan saja kerjaya dalam bidang kejuruteraan tetapi dalam bidang-bidang lain. Pelajar-pelajar yang terlibat juga berpeluang mendengar tips-tips kemahiran belajar oleh Wakil Program Career Path 2010, En.Sharvinder Singh. Harapan pihak sekolah pelajar-pelajar ini dapat menimba pengalaman dan pengetahuan hasil daripada lawatan ini dan lebih fokus dalam pelajaran untuk memastikan cita-cita dan impian mereka tercapai, insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan