semesta

bling2

Khamis, September 03, 2009

PROMOSI RAMADHAN DI PUSAT SUMBER








Pusat sumber SMKSA aka mengadakan beberapa aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Antaranya jualan kad hari raya, tadarus di pusat sumber, permintaan lagu-lagu hari raya, pertandingan sahiba dan catur. Tadarus Al quran selain di surau, boleh juga diadakan di perpustakaan pada waktu rehat, atau waktu ke perpustakaan pada hari Khamis dan Jumaat. Kedua-dua pertandingan catur dan sahiba tersebut dijalankan semasa waktu rehat pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Selain daripada itu pelajar-pelajar boleh membeli sambil menyumbang kad-kad hari raya yang mempunyai logo sekolah. Kad tersebut dijual dengan harga RM1.00 sahaja. Ada 4 jenis kad yang dijual. Anda boleh dapatkan di pusat sumber sekolah. Permintaan lagu raya akan bermula pada tarikh 14 september. Warga SSA boleh membeli kupon permintaan lagu berharga RM0.50 sen dan kemudian menulis nama pengirim dan penerima serta ucapan. Sokonglah program-program yang diatur oleh Pusat Sumber Sekolah kita

Rabu, September 02, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM




Peperiksaan Percubaan SPM 2009 telah bermula pada 2 September 2009. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Berjaya kepada 145 calon SPM SMK. Sultan Alauddin. Mudah-mudahan keputusan yang akan dihasilkan nanti adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Persediaan awal amat penting dalam memastikan kejayaan berpihak kepada anda semua. Belajarlah secara terancang, jaga kesihatan diri dan yang paling penting adalah tawakal kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan setelah berusaha kita akan menikmati hasilnya , Insyaallah.

Selasa, September 01, 2009

SELAMAT BERPUASA & KEMBALI KE SEKOLAH



Selamat kembali ke sekolah. Tidak terlalu lewat untuk sampaikan Salam Ramadhan Al Mubarak untuk semua warga SMK Sultan Alauddin , Kulaijaya khususnya dan pengunjung Blog SEMESTA-SEKOLAHKU yang setia. Semuga semua bersemangat meneruskan apa juga tugas sebagai pendidik mahupun pelajar untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Puasa bukanlah halangan untuk terus berusaha menjadi insan cemerlang...dan merdeka tentunya. Sempena bulan Kemerdekaan ini yang jatuhnya dalam bulan Ramadhan dapat mendidik kita menjadi insan yang tabah , merdeka mindanya dari anasir-anasir yang boleh melemahkan iman dan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Merdeka..Merdeka.. Merdeka ..
Cikgu Bedah

Rabu, Ogos 19, 2009


Peperiksaan percubaan PMR 2009 sedang berlangsung dari 14 Ogos hingga 21 Ogos. Semuga pelajar kita dapat menjawab dengan mudah dan mendapat keputusan yang memberangsangkan.. amin

Selasa, Ogos 18, 2009

Laporan Larian Merdeka


Alhamdulillah... Program yang diatur sempena Larian Merdeka berjalan dengan lancar...acara larian, jualan, pameran dan jamuan makan malam berlangsung dengan meriah. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama dari semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakannya.

Rabu, Ogos 05, 2009

KEMPEN BULAN MEMBACA


Kempen Bulan Membaca 2009 telah selamat dilancarkan pada 20 Julai 2009. Objektif utamanya adalah menggalakkan minat membaca dikalangan pelajar dan warga SMKSA. Berbagai program telah diadakan sepanjang bulan ini antaranya mencari pembaca/peminjam buku terbanyak, peminjam buku kelas terbanyak, pertandingan melukis poster, peraduan teka silangkata dan kuiz pengetahuan am, jualan buku dan pameran Perkembangan Teknologi Eletronik dulu dan kini.

KEJAYAAN TERMANIS 2009

SMKSA telah menjadi juara peringkat negeri dalam Pertandingan Memasak Anjuran Maggi dan akan bertandingan diperingkat kebangsaan di Kedah Darul Aman Oktober nanti