Salam Satu Malaysia....lama betul cikgu Bedah menyepi diri...bukan tidak sudi mencatat lagi tetapi rutin kerja menghalang dan kadangkala semangat tidak cukup kuat untuk meneruskan tugasan yang memerlukan idea dan kreativiti ini... Agaknya cikgu Bedah dah tua kot.. selalu rasa penat...tambahan pula menghadapi kerenah pelajar yang agak memeningkan kepala. Mengajar hari ini tak sama dengan dulu-dulu..cabarannya sangat besar terutama cabaran sosial mereka. Sayang ya... bila kita mengajar pelajar Melayu, cikgunya Melayu kadang kadang rasa gagal membentuk mereka menjadi insan yang lebih baik..Harap harap cikgu Bedah tidak patah semangat...begitu juga rakan rakan seperjuangan... Untuk yang telah lama mengajar..perlu teruskan usaha dengan ikhlas, kekalkan prestasi, jangan timbulkan kontravesi. Pada adik-adik yang muda belia, baru setahun dua menggalas tugas guru, pandanglah kerjaya ini dengan penuh tanggungjawab, penuh kecintaan dan semangat. Kemahiran akan datang bersama pengalaman. Cikgu Bedah percaya guru-guru muda ini akan menjadi pelapis kami yang semakin senja..
Ditangan kita ada amanah...menghasilkan generasi muda yang berdaya saing, yang akan membantu membangun negara kita yang tercinta.
Kepada anak-anak murid tercinta. Ini bukan masanya untuk kamu leka dan lalai dalam mengejar ilmu. Bukan juga masanya untuk melayan angan-angan cinta monyet yang kadang kala menghancurkan kita bila diturutkan naluri muda. Jangan dicarik peraturan sekolah yang kita laksanakan bagi memperkasakan pelajar-pelajarnya dengan jati diri semangat Melayu generasi baru yang cemerlang. Kamu akan membangun bangsa suatu hari nanti. Jika kuat jati diri, cemerlang ,maka kuatlah dan majulah bangsa itu. Tidak mudah diperkotak- katikkan oleh orang lain. Itulah harapan kami. Menjadikan kamu semua modal insan yang berjaya.
Catatan ini hanyalah satu wadah...bacalah dengan rasa tanggungjawab.Kejayaan ini memerlukan sokongan kedua belah pihak, pelajar dan gurunya...dan....kita ada kekuatan itu. Renungkanlah.!
Cikgu Bedah
Rabu, Julai 28, 2010
Rabu, Mei 19, 2010
Selasa, Mei 04, 2010
MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN



Pada 17 April yang lalu, telah diadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar-pelajar SPM 2009, PMR 2009 dan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 2009. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Sahad b Sudarman , Pengurus Felda Bukit Ramun. Awal pagi lagi ibu bapa telah hadir untuk mendaftar kehadiran mereka ke mesyuarat tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Nashruddin bin Yusof. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh wakil pengetua ,Tn. Hj. Norhaimi b Abdullah, Guru Penolong Kanan SMKSA .Yang Dipertua PIBG , En. Mohd Sidek bin Sarman juga telah menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut dan diikuti pula oleh ucapan perasmian oleh En Sahad b Sudarman. Majlis diteruskan dengan Anugerah Kecemerlangan bagi mereka yang telah memperolehi kejayaan dalam peperiksaan SPM,PMR dan Peperiksaan Akhir Tahun 2009.Acara juga diserikan dengan persembahan zapin oleh pelajar-pelajar SMKSA dibawah pimpinan En. Izamuddin b Yusof. Majlis diteruskan dengan mesyuarat agung dan acara kemuncak majlis kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah yang memang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan guru.Majlis bersurai pada jam 1.00 tgh
PERTANDINGAN BOLING SEMPENA HARI GURU



Pada 10 April yang lalu bertempat di IOI MALL Kulaijaya telah diadakan pertandingan Boling antara Guru & kakitangan SMKSA. Hampir 50 orang peserta telah mengmbil bahagian. Masing-masing telah menunjukkan "skill" masing-masing di gelanggang boling. Ada juga ahli keluarga guru dan kakitangan yang turut sama menyertai pertandingan tersebut. Suasanan memang "Happening" sekali kerana berbagai gelagat peserta yang mengmbil bahagian. Ada yang memang mempunyai "skill" yang baik, ada yang bergantung pada nasib dan ada juga yang asyik membersihkan longkang.... Biar apa pu n yang pasti sambutan untuk perayaan hari Guru sudah bermula... dan ini juga merupakan acara tahunan yang wajib dijalankan. Kepada pemenang tahniah diucapkan dan kepada tidak berjaya jangan putus asa... Keputusan Pertandingan akan diumumkan pada hari guru nanti. Tahniah kepada Penganjur... yang telah berjaya menjalankan program ini dengan baik dan lancar sekali. Cuma harapan cikgu Bedah agar di tahun-tahun akan datang seluruh warga SMKSA boleh melibatkan diri dalam program-program sebegini. Ini adalah kerana program ini boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin selama ini. Tahniah BKGK...
Isnin, April 19, 2010
WAJAH-WAJAH CERIA SMKSA
Semestinya bila terpisah jauh, anda merindukan mereka. terkenang saat-saat manis, suka duka bila bersama mereka..Bila berjauhan baru terasa rindu leteran dan bebelan mereka..semuanya untuk memastikan yang terbaik untuk anda semua...Sempena merayakan sambutan hari Guru tahun ini sampaikan ucapan dan salam anda melalui blog ini kepada guru-guru anda yang telah banyak berkorban untuk melihat anak didik mereka menjadi sempurna dan berjaya. Terimalah bingkisan kenangan yang terakam dalam wajah-wajah ceria guru anda di SMKSA
Jumaat, April 09, 2010
CINTA OH CINTA

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka
Rabu, April 07, 2010
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2010










Sambutan Maulidurrasul merupakan acara tahunan yang akan disambut bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bagi tahun ini tanggal 1 April telah dipilih sebagai tarikh untuk menyambut perayaan tersebut. Panitia Pendidikan Islam merupakan unit yang paling sibuk menguruskan sambutan tersebut. Dari urusan mencari penaja, menguruskan hal ehwal Aqiqah, Sehari sebelum majlis, suasana telah mula sibuk. petang Rabu itu kita telah mula rewang beramai ramai. Suasana gotong royong begini memang boleh mengeratkan silaturahim antara warga SMKSA. Sesiapa yang pernah berada di SMKSA tentu terkenang akan kemeriahan suasana semasa rewang beramai-ramai. apapun sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjaya program ini. Mudah-mudahan majlis seumpama ini ada penambahbaikan dari masa ke semasa,Insyaallah
Langgan:
Catatan (Atom)









