ini adalah posing dari ayam-ayam yang bakal disembelih....cantik2 rupanya ayam ni....
Hari ini program Pasca PMR diteruskan lagi...aktiviti hari ini diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam..ha kali ini pelajar-pelajar diajar teknik sembilih ayam yang betul ikut syariat. Benda ni nampak mudah... tapi kenyataannya ramai yang tak berani. Kat sekolah kalau tengok muka dan perangai , paling "WANTED" dan "BRUTEL"...Tengok lagak dan gaya macam kaki pukul, tapi bila suruh sembelih ayam.... takut......tak berani.... gigil tengok darah....Ha itulah generasi kita...Bagus juga aktiviti fardu kifayah seperti ini. Sekurang-kurangnya ada pelapis -pelapis yang berani sembelih ayam dengan cara yang betul. Taklah was-was kita nanti bila nak makan ayam ada lagi orang islam yang menyembelih ayam ikut sharak. Sebanyak 20 ekor ayam yang berjaya disembelih oleh mereka. Yang membanggakan ada wakil dari pelajar perempuan yang turut mengambil peluang menyembelih ayam. Paling seronok lepas sembelih ayam ,cikgu-cikgu berpeluang menikmati hidangan ayam goreng... Walaupun tak macam ayam KFC...tapi kita semua dapat rasa hingga menjilat jari. Tahniah kepada panitia Pendidikan Islam yang berjaya menganjurkan kursus ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan