semesta

bling2

Jumaat, Mac 05, 2010

TEMASYA OLAHRAGA KALI KE-29















Temasya Olahraga kali ke-29 akhirnya telah diadakan pada 25 Februari 2010. Acara dimulakan dengan lintas hormat perbarisan oleh kontigen rumah sukan yang bertanding bersama unit-unit beruniform. YB. Datuk Dr. Adham b Baba, ADUN Pasir Raja telah dijemput untuk membalas tabik hormat dan seterusnya merasmikan Temasya Kejohanan kali ke-29. Seterusnya bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Jamil b Haron. Tuan Hj Jumali b Ahmad selaku pengetua SMKSA telah memberi ucapan alu-aluan kepada yang hadir. Majlis terus diserikan dengan acara pembukaan iaitu tarian Poco-poco yang dipimpin oleh Cikgu Siti Aisyah bt Johari diikuti kemudian dengan persembahan tarian "Openture" iaitu gabungan tarian negeri Johor seperti Zapin Tanjung Labuh,Zapin Putar Alam, Samrah, Gamelan Kontemporori dan Fiesta. Persembahan tarian tradisional ini adalah dibawah asuhan En. Izamuddin b Mohd Yusof.
Seterusnya acara olahraga dimulakan dengan larian 100m bagi kategori lelaki A, B, C dan Perempuan A, B,dan C. Beberapa acara olahraga telah dijalankan sebelum ini iaitu pada 22 dan 23 Februari. Acara berlangsung dengan meriah terutama acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara 8 x 50 m yang disertai oleh guru-guru rumah sukan. Acara ini telah dimenangi oleh rumah Sigma(Biru), Naib Johan Beta( Hijau) dan Ke-tiga Alpha ( Merah). Kejuaraan tahun ini telah dipertahankan terus oleh Rumah Alpha yang telah dinobatkan sebagai Johan dan jaguh olahraga kali-ke 29. Tempat kedua diduduki oleh pasukan Beta , tempat ketiga oleh rumah Sigma dan keempat oleh pasukan Gamma. Tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal jangan putus asa cuba lagi tahun hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan